Back to T Shirt

Stripe T – Blue

RM69.00

Cozy Lady – Smooth Nursing Anywhere

Size chart:

Size SMLXLXXL
Shoulder1414.515.516.517
Bust3638424446
Waist3234384042
Hip4243444648
Length3232323232
Sleeve2323232323
  • All measurements are in inches
  • Actual measurement may differ by 1 inch
  • Model is wearing size S

Clear selection

RM69.00

Size
S M L XL XXL
Clear selection
SKU: maternity-wear-stripe-t-blue Category:

Description

Maternity Wear Stripe T

Dapatkan maternity wear keluaran Cozy Lady ini. Dibuat menggunakan kain lembut dan selesa, anda pasti menyukainya!

Lihat koleksi pakaian menyusu Cozy Lady di SINI.

Kenali Cozy Lady

Pakaian menyusu Cozy Lady mula berada di pasaran sejak Ogos 2016. Ianya adalah jenama di bawah syarikat Cozy Baby Sdn Bhd yang beroperasi di Ampang.

Idea menghasilkan pakaian menyusu ini timbul selepas saya mendapati sangat susah untuk mendapatkan pakaian menyusu yang cantik. Pada ketika itu, iaitu pada tahun 2016, pakaian menyusu hanya hadir dengan design ala-ala mak cik.

Pada waktu itu, sudah ada pakaian menyusu jenis selak tetapi bahagian dalamnya adalah jenis silang X. Bukaan menyusu jenis ini hanya sesuai dihasilkan dengan material stretchable sahaja sama ada dengan kain lycra atau moss crepe dan ini menyebabkan design yang boleh dihasilkan juga terbatas.

Bagi mengatasi masalah ini, saya menghasilkan 1 prototype bukaan menyusu jenis seperti yang Cozy Lady ada sekarang dan bukaan menyusu selak jenis ini membolehkan baju menyusu menggunakan material yang tidak stretchable seperti como crepe. Lalu terhasillah design pertama baju menyusu keluaran Cozy Lady iaitu Cutelostrum blouse, nama baju diambil sempena susu pertama yang keluar selepas ibu-ibu melahirkan anak, iaitu kolostrom.

Ogos 2016 : Lahirlah Baju Cozy Lady Pertama di Pasaran

Cozy Lady Lovers tentu tahu, design pertama keluaran Cozy Lady adalah blouse Cutelostrum. Nama ini diambil sempena nama kolustrum, iaitu susu ibu yang pertama kali keluar selepas melahirkan anak.

Kemudian, design kedua mula dipasarkan iaitu blouse Prolaktina yang diambil sempena nama hormon prolaktin yang mana hormon ini mempunyai peranan besar dalam menghasilkan susu ibu.

Nama menarik pada hampir kesemua pakaian Cozy Lady sebenarnya datang daripada suami saya sendiri, seorang graduan bioteknologi. Beliaulah yang mencadangkan nama blouse yang cukup unik sehingga ia menjadi salah satu keunikan Cozy Lady yang diingati oleh semua Cozy Lady Lovers.

November 2017 : Pembukaan butik Cozy Lady di Ampang

Sebelum berpindah ke butik, perniagaan Cozy Lady hanya beroperasi di rumah saya di Ampang. Salah satu bilik di rumah saya digunakan untuk menyimpan stok dan bahagian ruang tamu diubah suai menjadi ruang pejabat. Semua urusan bisnes pada waktu itu, daripada marketing, mengambil pesanan, dan packing barang pos dilakukan di rumah dengan bantuan 2 tenaga pekerja.

Additional information

WeightN/A
Size

, , , ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Stripe T – Blue”

Your email address will not be published. Required fields are marked *